Kedai Makan Di Tok Bali Diserbu, Jalankan Karaoke Tanpa Lesen Ketika Ramadan

Sebuah kedai makan di Tok Bali, Pasir Puteh diserbu pihak berkuasa selepas dipercayai menjalankan aktiviti hiburan berupa karaoke tanpa lesen sah dalam satu Operasi Bersepadu Kawalan Hiburan lewat malam Sabtu lalu.

Premis tersebut dipercayai seolah-olah tidak menghormati kesucian bulan Ramadan apabila meneruskan operasi hiburan berkenaan.

kedai makan karaoke tok bali


Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) dalam satu kenyataan memaklumkan operasi yang dijalankan pada jam 11 malam itu melibatkan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa.

Operasi Bersepadu Beberapa Agensi

Menurut kenyataan tersebut, operasi berkenaan dijalankan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pasir Puteh serta Pejabat Agama Pasir Puteh.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menjalankan aktiviti hiburan tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa tempatan.

karoke pasir puteh


“Susulan itu, tindakan diambil terhadap premis terbabit di bawah Seksyen 7(1)(a) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025 kerana menjalankan aktiviti hiburan tanpa lesen daripada MDPP,” katanya.

Peralatan Karaoke Disita

Pihak penguat kuasa turut menyita satu set peralatan karaoke yang mengandungi lapan item sebagai barang kes bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 27 enakmen yang sama.

Menurut kenyataan itu lagi, jika disabitkan kesalahan pemilik premis boleh dikenakan kompaun maksimum sehingga RM25,000.

Selain itu, kesalahan tersebut juga boleh dibawa ke mahkamah dan jika sabit kesalahan pesalah berdepan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Penguatkuasaan Akan Terus Diperketat

Dalam masa sama, pihak berkuasa menegaskan operasi penguatkuasaan seperti ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa.

Langkah itu bagi memastikan semua premis hiburan di daerah tersebut mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.


Sumber: Sinar Harian, MDPP

SHARE:

TERKINI

Kelantan Red Warrior FC Seru Penyokong Penuhi Stadium, Tawar Tiket Beli 1 Percuma 4
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW) nampaknya benar-benar mahu melihat…
Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Jawatan Kosong Kelantan