Israel Berdepan Krisis Kekurangan Anggota Tentera

Angkatan Pertahanan Israel (IDF) kini dilaporkan berdepan krisis tenaga manusia yang semakin meruncing sehingga berisiko “runtuh dari dalam”, demikian amaran keras yang dikeluarkan Ketua Staf, Eyal Zamir dalam mesyuarat Kabinet Keselamatan pada Rabu.

Menurut laporan media Israel, Zamir memberi gambaran keadaan semakin kritikal apabila beban operasi tentera meningkat di pelbagai medan, namun jumlah anggota tetap dan simpanan didakwa tidak lagi mampu menampung keperluan semasa.

“Saya angkat 10 bendera merah di depan anda,” katanya, sambil menegaskan bahawa IDF mungkin tidak lagi dapat menjalankan operasi rutin sekiranya kekurangan anggota dibiarkan berterusan.

Beban Operasi Meningkat Di Pelbagai Medan

Tekanan terhadap IDF dilaporkan semakin meningkat ketika Israel terlibat dalam operasi ketenteraan di beberapa kawasan serentak, sekali gus menyebabkan sistem sumber manusia tentera berada pada tahap paling kritikal sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan apabila keperluan anggota untuk operasi harian terus meningkat, sedangkan kemampuan untuk menampung tenaga kerja semakin terhad.


Sumber: Awani

SHARE:

TERKINI

Empat Pasukan Bakal Berentap Dalam Kejohanan Pra Musim Di Kota Bharu
|
Peminat bola sepak bakal disajikan dengan aksi menarik apabila…
Kerajaan Cadang LPT3 Secara Kerjasama Awam Swasta Berikutan Kekangan Kewangan
|
Cadangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 3 (LPT3)…
Dua Wanita Antara Enam Individu Didakwa Seludup 10 Migran Bangladesh
|
Enam individu termasuk dua wanita dan seorang warga Thailand…
Mekanik Direman Kes Rogol Dan Samun Remaja Ketika Joging Di Tumpat
|
Selepas hampir sebulan kejadian yang menggemparkan penduduk Palekbang, Tumpat,…
Polis Tahan Lelaki Rohingya, Disiasat Kes Rogol Remaja Di Bachok
|
Seorang lelaki etnik Rohingya direman selama enam hari selepas…
Program Disko Retro Di Kota Bharu Disiasat, Pemilik Restoran Dakwa Tidak Tahu
|
Apa yang pada mulanya dipercayai hanya sebuah majlis tertutup…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!