Dua Anggota JPJ Digantung Tugas, Video Langgar Garisan Berkembar Tular Di Jeli

Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) digantung tugas susulan video tular yang memaparkan kenderaan jabatan itu melanggar garisan berkembar di Jeli, Kelantan, minggu lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan tersebut diambil bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan secara telus tanpa sebarang campur tangan.

Menurutnya, pihaknya memberi jaminan bahawa tiada mana-mana pegawai atau anggota akan dilindungi sekiranya didapati melakukan kesalahan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Pemantauan Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2026 di Pusat Kawalan Menora.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan.

Menurut Aedy Fadly, hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di Kilometer 129 berhampiran Hentian Damai Jalan Raya Timur Barat (JRTB) sekitar jam 3 petang pada 19 Mac lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengesahkan bahawa kenderaan serta anggota JPJ yang terlibat dalam video tular itu adalah sama dengan kes kemalangan maut membabitkan sebuah Perodua Myvi di Kilometer 85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua insiden berlaku pada hari dan lokasi berbeza.

“Siasatan bagi kes pelanggaran garisan berkembar akan dikendalikan oleh JPJ, manakala kes kemalangan pula berada di bawah siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kedua-dua kejadian tersebut sehingga siasatan lengkap dijalankan.


Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!