Danny X-Factor Alami ‘Sciatica’, Kaki Kebas Hingga Sukar Berjalan

Pelakon dan penyanyi Danny X-Factor mengalami gejala penyakit 'Sciatica' yang menyebabkan kaki kiri beliau kebas dan sukar untuk berjalan.

Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, 46, berkata kesakitan itu sudah sebulan dialaminya, namun sebelum ini hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

“Bagaimanapun, sehari sebelum raya sakitnya semakin teruk. Saya bersama keluarga sempat beraya pada raya pertama di Pasir Mas.

“Raya kedua kami balik ke Kuala Lumpur dan saya memandu bergilir-gilir dengan isteri. Akhirnya pada raya ketiga saya terus ke sebuah pusat perubatan swasta dan terus masuk wad,” katanya.

Keadaan Semakin Teruk, Terus Masuk Wad

Menurutnya, keadaan menjadi semakin serius apabila kaki kiri mula kebas sehingga tidak dapat bergerak, dan beliau kini masih menerima rawatan di hospital.

“Keadaan teruk sangat, sudah kebas tidak boleh bergerak dan masih dirawat sehingga sekarang. Semalam baharu buat pengimejan resonans magnetik (MRI),” katanya kepada Harian Metro.

Menunggu Keputusan Rawatan

Danny berkata beliau masih menunggu keputusan penuh daripada doktor berhubung keadaan sebenar serta rawatan lanjut yang perlu diambil.

“Doktor ada cakap daripada laporan MRI, keadaan kaki saya teruk juga. Saya kena tunggu penjelasan lanjut doktor nanti. Ikutkan risau juga. Saya berdebar tunggu, takut ada benda lain.

“Sedih juga sebab anak isteri tidak dapat beraya ke mana-mana. Untuk sementara waktu, saya terpaksa berehat dalam seminggu daripada memandu e-hailing,” katanya.

Beliau turut berkongsi keadaan dirinya melalui sesi siaran langsung di TikTok dari hospital.


Sumber: Harian Metro

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!