Bekalan Petroleum Cukup Hingga Mei 2026, Harga Budi95 Kekal RM1.99 – PM

Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan produk petroleum negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan juga mengekalkan harga petrol Budi95 pada RM1.99 seliter, walaupun harga pasaran sebenar ketika ini jauh lebih tinggi.

Menurut beliau, langkah itu diambil bagi memastikan rakyat terus menikmati harga bahan api yang stabil di tengah ketidaktentuan pasaran global.

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!