Pakai Selipar Ketika Berniaga, Peniaga Bazar Ramadan Didenda RM300

Hanya kerana tidak memakai kasut dan sekadar berselipar ketika mengendalikan makanan, seorang peniaga bazar Ramadan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang, semalam.

Majistret Nur Athirah Hashim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Shahrul Iskandar Shamsulyuzi, 24, mengaku bersalah atas kesalahan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Shahrul Iskandar didakwa tidak memakai kasut ketika mengendalikan makanan di gerainya di Bazar Ramadan Kuala Ping pada jam 4.45 petang, 5 Mac 2025.

Dia didakwa mengikut Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang memperuntukkan denda maksimum RM1,000.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Shamsulyuzi Abdul Latiff Teo, 47, turut didenda RM2,000 kerana menjual ‘baby nanas’ yang mengandungi bahan pemanis tanpa zat tidak dibenarkan.

OKS didakwa menjual baby nanas mengandungi siklamat sebanyak 255 miligram per kilogram (mg/kg) berdasarkan hasil analisis makmal.


Kesalahan itu dilakukan di gerai colek miliknya di Bazar Ramadan Kuala Berang pada jam 4.45 petang, 19 Mac 2025 dan didakwa mengikut Peraturan 133(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lelaki Maut Dilanggar Lari Ketika Pasang Bendera Parti
|
Seorang lelaki maut selepas dipercayai dilanggar sebuah lori yang…
SPRM Kelantan Tahan Ketua Balai Polis, Direman 7 Hari Kes Rasuah RM500
|
Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bermula…
Kes Rogol, Samun di Tumpat: Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan
|
Kes yang menggemparkan rakyat Kelantan bulan lalu apabila seorang…
KRW FC Tunggu Keputusan FIFA, Sedia Tukar Nama Jika Perlu
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengakui mereka bersedia…
Kenapa Pemain Sepanyol Diam Ketika Lagu Kebangsaan Dimainkan Di Piala Dunia?
|
Ramai Sangka Pemain Sepanyol Tak Hormat Lagu Kebangsaan, Rupanya…
Sepanyol Juara Piala Dunia 2026 Selepas Tewaskan Argentina 1-0
|
Argentina sudah melakukan hampir segala-galanya untuk terus bertahan.Walaupun Sepanyol…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!