Harga Juadah Bazar Ramadan Kota Bharu Naik Hingga RM2 Tahun Ini

Tinjauan di Stadium Sultan Muhammad IV mendapati beberapa juadah di bazar Ramadan tahun ini mengalami kenaikan harga antara RM0.50 hingga RM2 berbanding tahun lalu, lapor Berita Harian.

Sebungkus lauk gulai kawah yang sebelum ini dijual RM10 kini mencecah antara RM12 hingga RM15, susulan peningkatan kos bahan mentah.

Peniaga lauk pauk, Norhasuzi Othman, 46, mengakui kenaikan harga santan sehingga RM15 sekilogram memaksanya menaikkan harga gulai kawah sebanyak RM2.

“Harga gulai kawah yang dijual pada tahun ini adalah di antara RM12 hingga RM15 satu bekas berbanding hanya RM10 pada tahun lalu.

“Walaupun berlaku kenaikan harga, kebanyakan pelanggan tetap, khususnya yang menggemari gulai kawah masih menjadikan gerai saya sebagai pilihan untuk mendapatkan juadah berkenaan,” katanya.

Sementara itu, peniaga kuih tradisional, Abdul Rahman Abdul Aziz, 37, berkata kenaikan harga bahan mentah terutama telur turut memberi kesan kepada perniagaannya yang sudah diusahakan lebih 10 tahun.

Katanya, lebih 20 jenis kuih muih tradisional dijual di gerainya dan ada antaranya terpaksa dinaikkan harga sekitar RM1 hingga RM2 berbanding tahun lalu termasuk jala emas, nekbat, tahi itik dan buah tanjung yang kini dijual RM6 sebekas.

“Walaupun berdepan kenaikan kos bahan mentah, saya cuba bertahan dengan margin keuntungan minimum kerana bimbang pelanggan akan beralih ke gerai lain sekiranya harga kuih yang dijual dinaikkan terlalu tinggi,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Ahmad Naime Muhammad, 42, harga makanan di bazar tahun ini dilihat tidak menunjukkan kenaikan ketara berbanding tahun lalu.

“Kalau ikutkan, harga makanan di bazar pada tahun ini sama sahaja seperti tahun lalu, namun jika mahu dibandingkan dengan dua atau tiga tahun lalu, memang ada perbezaan kerana dahulu makanan dijual lebih murah.

“Setiap kali berlaku kenaikan harga jualan di bazar, ia pasti memberi kesan kepada pelanggan terutama mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai,” katanya.


Bagaimanapun, beliau mengakui bazar Ramadan tetap menjadi pilihan kerana menawarkan pelbagai juadah yang ada antaranya hanya muncul ketika bulan Ramadan.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!