Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Dilantik Sebagai Pengerusi PN Yang Baharu

Perikatan Nasional (PN) secara rasmi melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan media PN bertarikh 22 Februari 2026 selepas Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi yang diadakan pada jam 3 petang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.

Mesyuarat seterusnya dengan sebulat suara melantik Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN yang baharu berkuat kuasa serta-merta.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi parti anggota termasuk Abdul Hadi Awang, Datuk Dr Dominic Lau dan P. Punithan.

Dalam kenyataan sama, PN memaklumkan perkara-perkara lain akan dibincangkan serta diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang akan datang.

Kenyataan media PN

SHARE:

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!