‘Luna’ Dalang Sindiket Bunga Ganja RM1.82 Juta Masih Diburu Polis

Polis Kelantan masih menjejaki wanita dikenali sebagai ‘Luna’ yang dipercayai dalang utama sindiket penyeludupan bunga ganja bernilai RM1.82 juta yang dirampas di Kuala Krai pada 3 Januari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata wanita berusia lingkungan 30-an itu dipercayai masih bersembunyi di Thailand.

“Sudah sebulan kita memburu Luna, namun kita percaya wanita itu tiada di Kelantan sebaliknya dia bersembunyi di Thailand.

“Kita juga sudah meminta kerjasama polis Thailand dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah meminta bantuan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan wanita berusia 30-an yang dipercayai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja bernilai RM1.82 juta di Kuala Krai pada 3 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, turut dilaporkan berkata, suspek dikenali sebagai ‘Luna’ dipercayai berada di Thailand.



Sementara itu, ketika ditanya perkembangan kes berkaitan ugutan yang diterima dan dipercayai didalangi ‘ah long’, Mohd Yusoff berkata siasatan masih dijalankan.

“Setakat ini tiada perkembangan berhubung kes berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!