Warga Emas Diseret 10 Meter, Rugi Puluhan Ribu Diragut Ketika Bakar Sampah Di Ketereh

Seorang wanita warga emas berdepan detik mencemaskan apabila diseret sejauh kira-kira 10 meter selepas menjadi mangsa samun ragut, sehingga menyebabkan kerugian dianggarkan puluhan ribu ringgit dalam kejadian di Kampung Paloh Rambai, Ketereh, di sini, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, mangsa berusia 72 tahun mengalami kecederaan pada beberapa bahagian anggota badan selepas bergelut dengan suspek sebelum diseret motosikal yang dinaiki mereka.

Seorang penduduk kampung, Che Hisam Che Soh, 67, berkata kejadian berlaku ketika mangsa sedang membakar sampah berhampiran Tanah Perkuburan Islam Nering, Ketereh.

Menurutnya, mangsa didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal, sebelum salah seorang suspek bertindak memeluk warga emas berkenaan.

“Seorang lagi suspek meragut gelang tangan dan rantai leher sebelum berlaku pergelutan sehingga mangsa diseret dengan motosikal,” katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, mangsa dipercayai sering membakar sampah di kawasan tersebut yang terletak hanya beberapa meter dari rumahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri, berkata siasatan awal mendapati kedua-dua suspek menaiki sebuah motosikal sebelum seorang daripada mereka turun dan meragut seutas gelang tangan serta rantai leher dipakai mangsa.



Menurutnya, mangsa bergelut dengan suspek sebelum diseret sejauh kira-kira 10 meter di atas jalan, sebelum kedua-dua lelaki itu melarikan diri.

“Usaha mengesan dan memburu kedua-dua suspek sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya Dari Malaysia
|
Myanmar bersetuju menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang…
Pukul Pengawal Peribadi dan Hina Ibadah Puasa, Ahli Perniagaan Dipenjara Lima Tahun
|
Seorang ahli perniagaan mula menjalani hukuman penjara lima tahun…
Penunggang RXZ Maut Dirempuh Selepas Proton Wira Buat Pusingan U
|
Seorang penunggang motosikal Yamaha RXZ maut selepas melanggar sebuah…
Dua Pemandu Bas Ekspres Ditahan, Sorok Syabu Belakang Tempat Duduk Pemandu
|
Dua pemandu bas ekspres ditahan polis selepas disyaki memiliki…
34,000 Akaun Pengguna Di Empat Jajahan Dijangka Alami Gangguan Bekalan Air
|
Kira-kira 34,000 akaun pengguna di empat jajahan di Kelantan…
PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!