Hanya muat naik gambar selipar jepun, ini bayaran Syahmi Sazli dapat dari FB

Nama Syahmi Sazli sememangnya tidak asing lagi, khususnya dalam kalangan rakyat Kelantan. Pempengaruh dan pencipta kandungan ini dikenali menerusi drama spontan yang bersahaja, dekat dengan kehidupan seharian dan sering mencuit hati penonton.

Terbaharu, Syahmi sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa gambar di akaun Facebook miliknya bagi menunjukkan jumlah bayaran yang diterima daripada Facebook.

Screenshot 2025-12-23 172647



Apa yang lebih menarik, ruangan komen posting tersebut menjadi tumpuan apabila seorang pengikut secara berseloroh mencabar Syahmi supaya memuat naik gambar selipar dan berkongsi hasil pendapatan yang diterima daripada Facebook.

Tidak menunggu lama, Syahmi menyahut cabaran itu.

Beliau memuat naik gambar selipar berkenaan dan selepas 24 jam, Syahmi berkongsi pula hasil pendapatan yang dijana daripada posting tersebut. Difahamkan, gambar berkenaan meraih lebih 400,000 tontonan, dengan anggaran komisen sekitar USD19.48, bersamaan kira-kira RM80.

603882290_1392655069180518_7059473539073971952_n



Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, ada yang terhibur, tidak kurang juga yang terkejut melihat bagaimana kandungan ringkas pun mampu menjana pendapatan di platform media sosial.

Selepas ini apa lagi yang Syahmi Sazli nak kongsi ya?



Sumber: Syahmi Sazli Production

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!