Polis Thailand Minta Bantuan Malaysia Kesan Wanita Disyaki Tokan Dadah

Polis Thailand memohon kerjasama pihak berkuasa Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung seorang wanita rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah dan disyaki melarikan diri ke Thailand.

Permohonan itu dibuat susulan rampasan ganja bernilai RM1.82 juta oleh polis Malaysia, awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Thun Sirikhunt, berkata pihaknya setakat ini masih gagal mengesan suspek dikenali sebagai Luna, berusia lingkungan 30-an, walaupun pelbagai usaha pencarian telah dijalankan.

Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media Malaysia pada Selasa menerusi penterjemah tempatan.

Menurutnya, polis Thailand telah memohon maklumat tambahan daripada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan serta usaha mengesan suspek berkenaan.

“Maklumat awal mendapati wanita terbabit dipercayai mempunyai dua kerakyatan. Usaha pencarian telah dijalankan di sekitar pekan Sungai Golok, namun sehingga kini kami masih belum menerima maklumat baharu atau berjaya mengesan suspek,” katanya.

Pada 11 Januari lalu, Bernama melaporkan polis Malaysia berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah di Kelantan dengan penahanan tiga lelaki tempatan serta rampasan 52 kilogram bunga ganja bernilai RM1.82 juta.

Rampasan tersebut dilakukan dalam dua siri serbuan di Kuala Krai pada 3 Januari.



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata sindiket itu aktif sejak September 2024 dan dipercayai didalangi seorang wanita berusia lingkungan 30-an dari negara jiran yang disyaki mempunyai dwikerakyatan.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!