Pemandu Van Thailand Raih RM30,000 Sebulan Angkut Pekerja Kedai Tomyam masuk Malaysia

Pemandu van persendirian dari Thailand dikesan mampu meraih pendapatan mencecah RM30,000 sebulan hasil mengangkut pekerja kedai tomyam masuk ke Malaysia tanpa menggunakan Permit Edaran Antarabangsa (ICP).

Pengarah Kanan Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata siasatan mendapati setiap penumpang dikenakan bayaran tambang antara RM70 hingga RM150 bagi perjalanan sehala dari Thailand ke negara ini.

Menurutnya, sebuah van mampu membawa lapan hingga 10 penumpang bagi setiap trip, dengan kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja kedai tomyam.

“Trip bermula dari pintu sempadan di Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak. Mereka membuat kira-kira lima trip seminggu dengan kebanyakan penumpang menuju ke Lembah Klang dan Johor untuk mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Ops Khas Tunggak Kenderaan Thailand di Ibu Pejabat JPJ Kelantan, Panji, pada Rabu.

Muhammad Kifli menjelaskan, pemandu van terbabit menggunakan modus operandi dengan membawa masuk penumpang dan menurunkan mereka di pintu sempadan sebelum penumpang berjalan kira-kira dua kilometer.

“Selepas itu, pemandu van akan mengambil semula penumpang tersebut dan meneruskan perjalanan ke destinasi dituju,” katanya.

Tambahnya, kebanyakan pemandu van Thailand mempunyai penumpang tetap dan ICP hanya dikeluarkan untuk kenderaan persendirian, selain pemandu asing tidak dibenarkan membawa penumpang dalam negara.

“Setakat ini, lebih 1,000 van Thailand dikesan masuk melalui pintu sempadan di empat negeri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sejak operasi dilaksanakan bermula 16 Januari lalu, sebanyak 80 van Thailand disita atas kesalahan tiada ICP, tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan pameran ICP tidak mengikut syarat.

“Di Kota Bharu sahaja, 13 van Thailand ditahan. Kenderaan akan dilepaskan selepas pemandu menyelesaikan semua saman tertunggak.



“Sepanjang operasi, sebuah van dikesan memiliki 45 saman tertunggak membabitkan kesalahan ICP dan trafik dengan jumlah RM14,000,” katanya.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh Diarah Bela Diri 46 Pertuduhan Rasuah
|
Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin memerintahkan bekas Ketua Polis…
3 Pekerja Dikurung Hampir Tiga Minggu, Kaki Dirantai Selepas Disyaki Curi Barangan Syarikat
|
Tiga pekerja sebuah syarikat percetakan didakwa dikurung selama hampir…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!