Pemancing Hilang 26 Jam Selepas Jatuh Dari Jambatan Ditemui Lemas Di Kuala Krai

Selepas hampir 26 jam dilaporkan hilang, seorang pemancing yang terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di atas Jambatan Chaning, Pahi akhirnya ditemukan lemas pada malam Khamis.

Mangsa, Ahmad Amirul Zawawi, 23, yang bekerja sebagai pekerja restoran makanan segera, ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 11 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Penguasa Bomba Kanan Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 9.26 malam, Rabu.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika sedang memancing. Mayatnya ditemukan dalam keadaan terapung kira-kira 100 meter dari lokasi yang dilaporkan tempat dia terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum kejadian, mangsa dilaporkan sedang memancing bersama rakan-rakannya di jambatan berkenaan sebelum dipercayai terjatuh dan kehilangannya disedari oleh salah seorang rakan.



Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan selama dua hari membabitkan seramai 36 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Penyelamat Di Air dari BBP Machang, BBP Pengkalan Chepa, BBP Pengkalan Kubor serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Unit Forensik, Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai bagi tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!