Ops Tunggak: JPJ Kelantan Ambil Tindakan Terhadap 42 Van Asing Dari Negara Jiran

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengambil tindakan terhadap 42 kenderaan asing membabitkan van dari negara jiran sepanjang Ops Tunggak yang dilaksanakan di seluruh negeri itu bermula 16 Januari hingga semalam.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah, berkata sebanyak 67 kenderaan asing diperiksa hasil risikan dan perancangan rapi yang memfokuskan kepada penggunaan kenderaan asing, khususnya van dari Thailand yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya.

Menurutnya, antara kesalahan tertinggi yang dikesan ialah mempamerkan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) tetapi tidak mengikut kehendak ditetapkan dengan 23 notis dikeluarkan, diikuti pemasangan tirai langsir (12 notis), cermin gelap (11 notis), kesalahan teknikal lain (12 notis) serta tiada ICP (dua notis).

“Banyak kes melibatkan penyalahgunaan ICP kerana van yang digunakan adalah milik individu atau persendirian dan tidak dibenarkan membawa penumpang.

“Namun, taktik yang digunakan ialah tidak membawa penumpang ketika mendaftar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dengan menurunkan penumpang untuk berjalan kaki sebelum mengambil mereka semula selepas melepasi kompleks berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Ops Khas Tunggak dan Teknikal 2026 di Stesen Penguatkuasaan JPJ Bukit Bunga, semalam.

Mohd Misuari berkata operasi ini dijalankan bagi memastikan semua undang-undang dan peraturan jalan raya dipatuhi, sama ada melibatkan kenderaan tempatan atau kenderaan asing.

Menurutnya, kenderaan yang gagal mematuhi syarat lesen, permit serta spesifikasi keselamatan boleh mengundang risiko kemalangan dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya.



“Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan. Operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa van JPJ Mobile ditempatkan di lokasi operasi bagi membolehkan pemandu kenderaan terlibat menyelesaikan saman baharu dan saman tertunggak secara terus.

Sumber: Bernama

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!