Lelaki 40-an Pengsan Ketika Mendaki Gunung Stong

Seorang lelaki berusia lingkungan 40-an ditemukan tidak sedarkan diri ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Stong, berhampiran Kem Baha, Dabong, semalam.

Difahamkan, mangsa mendaki gunung berkenaan secara berkumpulan sebelum ditemukan tidak sedarkan diri sebaik tiba di kawasan Kem Baha, sekali gus mencetuskan kebimbangan rakan-rakan pendakian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Zaimi Samat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 3.29 petang.

Menurut beliau, sebaik menerima makluman itu, lapan anggota termasuk pegawai BBP Dabong digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi bantuan menyelamat.

“Jarak perjalanan ke lokasi kejadian dianggarkan sejauh lapan kilometer, manakala anggota perlu berjalan kaki kira-kira 1.45 kilometer untuk sampai ke tempat mangsa berada, dengan tempoh perjalanan sekitar satu jam 30 minit,” katanya.

Beliau berkata, setibanya pasukan penyelamat di lokasi, mangsa didapati sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.

“Mangsa akan dibawa turun pada bila-bila masa bagi mengelakkan operasi berlarutan sehingga waktu malam,” katanya.



Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, tahap kesihatan dan persediaan rapi ketika menjalankan aktiviti pendakian serta segera memaklumkan pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Pusat Latihan Kelantan Red Warrior FC Guna Rumput Jenis Zoysia
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dilihat semakin serius…
Negara Diancam “Melayu Phobia”, Perlu Akta Khusus Lindungi Asal Usul Melayu
|
Kerajaan digesa menggubal satu akta khusus yang memperuntukkan bahawa…
[VIDEO] Pelancong Indonesia Tertarik Penggunaan Tulisan Jawi Di Kelantan
|
Sejak penerbangan terus Jakarta-Kota Bharu dibuka pada 16 Jun…
Kereta Bawa 200,000 Batang Rokok Seludup Terbabas Dalam Tali Air Di Tumpat
|
Cubaan seorang penyeludup meloloskan diri daripada ditahan Pasukan Gerakan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!