Kerajaan Perkenal MyKad Baharu Mulai Jun, Rekod Pembelian Minyak Masak Bersubsidi

Kerajaan akan memperkenalkan MyKad baharu yang dilengkapi sistem kod QR bermula 1 Jun ini bagi membolehkan setiap pembelian minyak masak paket bersubsidi oleh rakyat tempatan direkodkan secara sistematik.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, penggunaan MyKad itu akan menjadi salah satu pilihan dalam proses pembelian barangan tersebut menerusi Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS), sekali gus mengekang pembelian oleh warga asing.

“Aplikasi eCOSS menggunakan kod QR. Dengan hanya mengimbas kad pengenalan yang mempunyai kod itu, membolehkan pembelian minyak masak paket dimanfaatkan masyarakat kita,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai sama ada kerajaan bercadang untuk mengintegrasikan eCOSS dengan aplikasi lain yang berkaitan.

Armizan berkata, sistem eCOSS turut mendaftarkan semua pihak dalam rantaian pengedaran minyak masak paket bersubsidi termasuk kilang penapis, syarikat pembungkusan, pemborong dan peruncit.

Menurutnya, sistem itu juga berfungsi merekodkan setiap transaksi jual beli minyak masak kemasan paket di semua peringkat bagi memastikan ketelusan dan pengagihan subsidi yang lebih berkesan.

“Kita tidak ada data siapa yang membeli minyak masak paket ini, jadi sekurang-kurangnya dengan pelaksanaan aplikasi eCOSS ini, kita sudah ada data.

“Dengan pelaksanaan bermula Mei 2025, kita berjaya merekodkan pembelian sebanyak 25,361,432 paket minyak masak.



“Selain itu, hala tuju program ini juga kita dapat tentukan bersandarkan pendekatan keputusan berasaskan data. Itu matlamat kita untuk memastikan supaya subsidi dengan implikasi kewangan yang cukup besar ini akan dapat kita teruskan sekaligus, memanfaatkan rakyat,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!