Kanak-kanak Lelaki Berumur Lima Tahun Maut Tercekik Rambutan

Seorang Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dipercayai tercekik buah rambutan ketika berada di rumahnya di Felda Neram 1, dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Mohd Razi Rosli, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman pada jam 2.50 petang.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang memakan buah rambutan yang dikupas oleh kakaknya berusia enam tahun kira-kira jam 1.30 tengah hari.

“Ketika sedang makan, secara tiba-tiba suara mangsa tersekat-sekat kerana buah rambutan dipercayai tercekik di bahagian kerongkong,” katanya.

Beliau berkata, keluarga mangsa kemudian segera membawanya ke sebuah klinik kesihatan berhampiran sebelum mangsa dirujuk ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut.



Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

“Pemeriksaan bedah siasat mengesahkan punca kematian adalah akibat tercekik dan terdapat buah rambutan di bahagian kerongkong,” katanya.

Sumber: Berita Harian

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!