Pensyarah UiTM Pahang ditemukan lemas dalam kolam renang resort

KEMAMAN – Seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang meninggal dunia selepas ditemui lemas di kolam renang sebuah resort di Kemaman, semalam.

Mangsa, Nurhazwani Abd Halim, 34, yang bertugas di Akademi Pengajian Bahasa, disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama suaminya sekitar jam 5.30 petang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar, mangsa dan suaminya mendaftar masuk ke resort berkenaan sekitar jam 4 petang, sebelum keluar mandi di kolam renang setengah jam kemudian.

“Selepas hampir sejam berada di dalam kolam, suami mangsa menyedari isterinya tenggelam dan tidak sedarkan diri.

Mangsa segera dibawa naik dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, kejadian dimaklumkan orang awam kepada polis sekitar jam 7.10 malam, sebelum pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Proses bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Kemaman sekitar jam 10.30 pagi Ahad bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

“Setakat ini, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Difahamkan, Allahyarham merupakan anak kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh.



Insiden itu turut mendapat perhatian ramai termasuk ADUN Kijal, Datuk Razali Idris, serta bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, yang hadir menziarahi keluarga mangsa di hospital pagi Ahad.

#KelantanDaily
Sumber: Bernama, Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!