Kanak-Kanak 12 Tahun Lemas Ketika Cuba Selamatkan Dua Rakan di Kota Bharu

[Dikemaskini] Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika menyelamatkan dua rakan semasa mandi di sungai berhampiran Jambatan Bunut Payung, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu pada Rabu.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Asri Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.07 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Darul Naim bersama Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Pengkalan Chepa bergegas ke lokasi.

“Setibanya pasukan di lokasi, orang awam memaklumkan seorang mangsa masih hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan. Seramai 12 anggota termasuk empat penyelam dari Unit PPDA terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa,” katanya.



Operasi pencarian dilakukan oleh empat anggota bomba sebelum mangsa ditemukan di dasar sungai kira-kira jam 4.25 petang. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian, Bernama

SHARE:

TERKINI

[VIDEO] Dewan Rakyat Tegang, Jelutong Petik Kelantan Paling Tinggi Kes Seksual
|
Dewan Rakyat hari ini dilaporkan hampir menjadi tegang apabila…
Anggota Bomba Didakwa Memandu Cuai, Kanak-Kanak Cedera Parah Di Bachok
|
Seorang anggota bomba berusia 46 tahun mengaku tidak bersalah…
Ibu Bapa Kelantan Sanggup Jual Tanah Demi Pastikan Anak Berjaya Dalam Pelajaran
|
Semangat masyarakat Kelantan yang mengutamakan pendidikan sejak dahulu menjadi…
Rakyat Malaysia Cedera Akibat Letupan Bom Di Takbai
|
[Dikemaskini] Dua orang rakyat Malaysia cedera selepas terkena letupan…
Kanak-Kanak 6 Tahun Tertusuk Paku, Kayu 1 Meter Melekat Pada Tangan
|
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa mendapatkan bantuan…
Individu Tampil Fakta, Bidas Dakwaan Nga Kor Ming Kelantan ‘Juara’ HIV, Rogol
|
Sebuah video memaparkan ceramah Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!