Jasad Kanak-kanak Lemas Di Pantai Batu Rakit Ditemui Terdampar 6KM Dari Lokasi Kejadian

Operasi pencarian kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Rakit akhirnya berakhir apabila mayat mangsa ditemui sekitar jam 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Superintendan Azli Mohd Noor, berkata mayat Muhammad Zarif Mohd Hazahari ditemui terdampar di pantai kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat bersama penduduk setempat.

“Kanak-kanak mangsa lemas telah ditemui lebih kurang enam kilometer dari tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Mangsa merupakan anak kelima daripada enam beradik. Kejadian berlaku sekitar jam 6 petang Jumaat lalu ketika Muhammad Zarif berada di Pantai Sauh, Batu Rakit bersama ibu saudaranya serta empat kanak-kanak lain untuk bersiar-siar dan melihat ombak.

BERKAITAN: Niat Cuci Kaki Bertukar Tragedi Kanak-kanak 4 Tahun Hilang Ditarik Ombak [VIDEO]



Selepas kira-kira setengah jam berada di pantai, mangsa dikatakan pergi ke gigi air untuk membasuh kaki sebelum dipukul ombak besar dan dihanyutkan arus laut.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!