Infrastruktur IBS Machang capai 93.31 Peratus, 40 Pengilang Sedia Mulakan Pembinaan

Kerja-kerja infrastruktur bagi pembangunan Taman Perindustrian Sistem Binaan Berindustri (IBS) seluas 200 ekar di Sungai Bagan, Labok, Machang kini mencatat 93.31 peratus kemajuan fizikal setakat 15 Januari lalu, sekali gus meletakkan projek itu sebagai antara model pembangunan kawasan industri bersepadu di Kelantan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan, YB Mohamad Nasriff Daud berkata, pembangunan taman perindustrian berkenaan merupakan projek usahasama antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan yang memfokuskan industri pembinaan berasaskan Sistem Binaan Berindustri (IBS).

“Saya berada di tapak IBS Sungai Bagan iaitu pembangunan seluas 200 ekar yang diusahasamakan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Projek ini merangkumi satu kawasan industri baharu untuk kita fokuskan pembangunan IBS dan kerja-kerja infrastruktur ini kita harap dapat siap pada April 2026,” katanya ketika lawatan kerja ke tapak berkenaan, semalam.

Menurut beliau, kemajuan fizikal tersebut melibatkan pembangunan infrastruktur utama termasuk jalan dalaman, sistem saliran, bekalan utiliti serta kemudahan sokongan yang lengkap.

Beliau menjelaskan, fasa pertama pembangunan yang memberi tumpuan kepada penyediaan infrastruktur asas dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pada suku kedua tahun ini.

“Konsep pembangunan di sini adalah bersepadu. Kita memaksimumkan penggunaan kawasan industri bukan sahaja untuk pengilang, tetapi turut menyediakan kemudahan surau bagi memudahkan pekerja menunaikan solat,” katanya.

Selain itu, kawasan berkenaan turut dilengkapi ruang pasar malam berkonsep terbuka serta kawasan rekreasi bagi memastikan pembangunan industri berjalan seiring dengan keperluan komuniti setempat.

Tambahnya, projek tersebut akan memasuki fasa kedua bermula suku ketiga tahun ini melibatkan pembinaan kilang dan gudang oleh syarikat yang telah dan sedang membeli lot industri.

“Setakat ini, kita mempunyai 40 pengilang yang bersedia untuk memulakan pembinaan. Dengan konsep IBS, tempoh pembinaan kilang boleh dipendekkan kepada sekitar enam bulan sahaja,” jelasnya.

Beliau berkata, pembangunan bersepadu ini diharap mampu menjadikan Taman Perindustrian IBS Sungai Bagan sebagai model kawasan industri mampan, selain membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan.

“Kita jangkakan menjelang tahun hadapan, kawasan industri ini sudah boleh digunakan sepenuhnya,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Khidmat Teknikal Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Wan Haidar Amni Nik Mansor memaklumkan bahawa PKINK berperanan sebagai agensi pelaksana dan koordinator utama projek berkenaan.



Menurutnya, projek tersebut menerima peruntukan sebanyak RM90.396 juta daripada Kementerian Ekonomi, dan pelaksanaannya dilakukan dengan kerjasama rapat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi teknikal berkaitan.

Sumber: inforakyat.kelantan.my

SHARE:

TERKINI

Johor Rasmi Bubar DUN, PRN Ke-16 Bakal Diadakan
|
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 rasmi dibubarkan berkuat…
Cucu Arwah Tok Guru Nik Aziz Dakwa Ditampar Senator
|
Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul…
Annuar Musa Dedah Punca Undur Diri Dari KTRW, Bakal Terajui Kelantan City
|
Bekas Presiden Kehormat Kelantan The Real Warriors, Tan Sri…
Kelantan Berpotensi Jadi Hab Tenaga Hijau Negara
|
Kelantan dilihat mempunyai potensi geografi dan cuaca yang besar…
Mufti Kelantan Sifatkan Sambutan Hari Jadi Bertema Bunian Sebagai Kufur Nikmat
|
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari…
13 Warga Myanmar Ditahan Di Jeli, Bayar RM3,500 Kepada Ejen Untuk Masuk Malaysia
|
Seramai 13 warga Myanmar termasuk dua kanak-kanak lelaki ditahan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!