Projek ECRL berjalan ikut jadual, dijangka siap akhir 2026

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Gombak kini mencapai tahap kemajuan 87 peratus setakat Ogos lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun 2026 seperti yang dijadualkan, lapor Berita Harian.

Menurut penganalisis RHB Investment Bank, Adam Mohamed Rahim, projek mega itu kini berada pada landasan tepat dengan perkembangan kerja pembinaan berjalan lancar.

Beliau berkata, kos pembinaan terkini yang disemak semula pada Disember 2022 adalah sebanyak RM50.3 bilion, melibatkan pembinaan landasan kereta api sepanjang 665 kilometer dengan 20 stesen dari Kota Bharu hingga ke Pelabuhan Klang.

Selain itu, projek ini turut merangkumi pembinaan Laluan Pintasan Serendah bagi memudahkan pergerakan kargo dari kawasan utara serta pemanjangan landasan dari stesen Jalan Kastam ke terminal Westports dan Northport.

“Berdasarkan pemerhatian kami, pembinaan jambatan rel ECRL kini menunjukkan perkembangan ketara sehingga ke kawasan Gombak.

Jambatan 28 ECRL, contohnya, berjaya disiapkan dalam tempoh enam bulan oleh China Communications Construction Co Ltd (CCCC),” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Adam turut memaklumkan bahawa beberapa stesen utama seperti Bentong, Temerloh dan Gombak kini berada dalam fasa kemajuan pesat.

Setakat 1 Julai lalu, Malaysia Rail Link (MRL) telah menyalurkan kontrak bernilai RM18.6 bilion kepada syarikat tempatan, melebihi sasaran awal RM10.8 bilion.

Antara kontraktor utama yang terlibat dalam pembinaan ECRL ialah IJM Corp, Advancecon, HSS Engineers dan Tanco Holdings.

Bahagian yang kini menjadi tumpuan ialah Seksyen D, iaitu laluan cabang sepanjang 25 kilometer yang menghubungkan stesen Jalan Kastam ECRL ke Northport dan Westport.

Sekurang-kurangnya lima syarikat telah menghantar bidaan untuk kontrak bernilai antara RM600 juta hingga RM900 juta, dengan kerja fizikal dijangka bermula hujung 2025 dan siap menjelang Disember 2027.

Adam berkata, antara faktor pemangkin baharu kepada projek ECRL ialah cadangan memanjangkan laluan ke Rantau Panjang, Kelantan, yang kini masih pada peringkat perbincangan awal.

“Kerajaan turut merancang menarik lebih banyak pelaburan serta menubuhkan pusat logistik baharu dan taman perindustrian di sepanjang laluan ECRL.



Kami melihat IJM sebagai antara calon utama dalam sektor pembinaan perindustrian berdasarkan pengalaman luas mereka dalam projek seperti gudang, pusat data dan fasiliti semikonduktor,” katanya.

#KelantanDaily
Sumber: Berita Harian

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan