Cuba Selamatkan Motosikal, Buruh Binaan Maut Terperangkap Dalam Kebakaran Rumah

Niat seorang buruh binaan untuk menyelamatkan motosikal miliknya bertukar tragedi apabila dia ditemukan maut selepas terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pak Tuyu, Mengabang Telipot, Kuala Nerus, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Shafie Awang @ Abd Rahman, 49, dipercayai masuk semula ke dalam kediamannya yang sedang marak terbakar bagi mendapatkan kunci motosikal.

Namun tindakan nekad itu membawa padah apabila api dilaporkan merebak dengan pantas, menyebabkan mangsa gagal keluar untuk menyelamatkan diri.

Menurut maklumat di lokasi kejadian, mangsa yang juga seorang duda tinggal bersendirian di rumah pusaka keluarga berkenaan yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Gelam.

Saksi memaklumkan api mula marak dari bahagian tengah rumah sebelum mangsa dilihat berlari masuk ke dalam kediaman tersebut. Bahang panas dan asap tebal dipercayai menyebabkan mangsa pengsan sebelum rentung dalam runtuhan bangunan kayu itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.37 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dikerahkan ke lokasi dan tiba lapan minit kemudian.

“Pasukan bomba mendapati kebakaran telah memusnahkan hampir keseluruhan struktur rumah kayu berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui selepas api berjaya dikawal sepenuhnya,” kata JBPM Terengganu dalam satu kenyataan.



Jasad mangsa dibawa ke unit forensik hospital untuk proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga.

Punca sebenar kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan unit forensik bomba.

SHARE:

Senarai Jawatan Kosong di Kelantan

TERKINI

Ahli Parlimen Machang Dipecat Bersatu Berkuat Kuasa Serta-Merta
|
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal…
Media Dedahkan Anggaran Gaji Dan Pegangan Saham Azam Baki
|
Isu pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…
Wanita Hamil Tujuh Bulan Maut Dihentak Suami Guna Lesung Batu
|
Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya…
MB Kelantan Bertemu PM Di Putrajaya Perkukuh Kerjasama Negeri–Persekutuan
|
Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud mengadakan pertemuan bersama…
Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari
|
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah…
Peniaga Bazar Ramadan Tidak Pamer Harga Berdepan Tindakan Dalam 24 Jam -KPDN
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Jawatan Kosong Kelantan