Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan Ditetapkan Pada Selasa, 17 Februari

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan ibadah puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah.

Jabatan Penerangan dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan perkara itu bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Menurut kenyataan itu, proses cerapan anak bulan akan dilaksanakan di 29 lokasi strategik di seluruh negara termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka serta Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Turut terlibat ialah beberapa lokasi di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah termasuk Menara Kuala Lumpur serta Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

“Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan Tarikh Awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab,” menurut kenyataan itu.


Tarikh rasmi permulaan Ramadan akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam tersebut melalui siaran radio dan televisyen.

Sumber: Kosmo

SHARE:

TERKINI

Lebuh Raya KBKK Capai 71.4 Peratus Siap, Dijangka Beroperasi Sepenuhnya 2027
|
Projek pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) kini…
Murid SJKC Di Kota Bharu Cipta Kejutan Muncul Johan Tilawah Al-Quran
|
Ramai mungkin tidak menyangka seorang murid dari Sekolah Jenis…
Penunggang Motosikal Maut Dihempap Pokok Pulai Berusia Lebih 200 Tahun Ketika Ribut
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dihempap sebatang…
Thailand Rampas 750 Liter Petrol Malaysia Disyaki Baru Diseludup Di Sungai Golok
|
Pihak berkuasa Thailand terus memperketat kawalan di sempadan apabila…
MPKB-BRI Tolak Rayuan, Penganjur Disko Retro Kekal Kena Kompaun RM30,000
|
Penganjur majlis disko retro bertemakan hippie ala 60-an dan…
Lombong Haram Di Gua Musang Diserbu, Tujuh Jentera Bernilai RM4 Juta Disita
|
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan menyita tujuh jentera…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!