Rumah pelajar, stor lama di Pondok Pasir Tumboh terbakar

KOTA BHARU – Sebuah rumah kayu yang dijadikan tempat tinggal seorang pelajar pondok berusia 63 tahun di Pondok Pasir Tumboh, Kampung Terusan Limbat, musnah dalam kebakaran bersama sebuah lagi rumah kayu dan stor simpanan barangan pada Ahad.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Tumboh, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Husnan Talib berkata, kebakaran berlaku sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.50 petang sebelum pasukan dari BBP Pasir Tumboh, BBP Tunjung dan BBP Kota Bharu bergegas ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah yang didiami pelajar pondok berusia 63 tahun. Warga emas itu terselamat kerana ketika kejadian berada di surau berhampiran.

“Sebuah lagi rumah yang tidak berpenghuni turut terbakar, manakala sebuah stor simpanan barangan lama musnah sepenuhnya,” katanya kepada media.

Beliau menjelaskan, setiap rumah berkeluasan kira-kira 37 meter persegi, dengan satu rumah dan stor musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi rumah terbakar kira-kira 15 peratus.

Seramai 13 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dan sebuah tangki air dikerahkan ke lokasi, dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.07 petang.

Tambah Mohd Husnan, ketiga-tiga bangunan berkenaan adalah struktur kelas C yang diperbuat daripada bahan separa kekal, sekali gus mempercepatkan proses kebakaran.

#KelantanDaily
Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!