Perbandingan purata harga makanan terpilih mengikut negeri bagi tahun 2025

Perbandingan purata harga makanan terpilih bagi tahun 2025 menunjukkan perbezaan ketara kos makan harian antara negeri, dengan beberapa wilayah mencatat harga jauh lebih tinggi berbanding negeri di Semenanjung.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada November 2025 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, KD memilih lima makanan popular iaitu nasi lemak, nasi goreng, roti canai, karipap dan satay ayam untuk dibandingkan.

Perbandingan harga MAKANAN mengikut negeri di Malaysia



Di Kelantan, harga purata nasi lemak direkodkan sekitar RM3.50 sepinggan, nasi goreng RM6.76, roti canai RM1.27 sekeping, karipap RM0.54 dan satay ayam RM1.28 sebatang. Secara keseluruhan, harga makanan di Kelantan berada pada paras sederhana dan masih kompetitif berbanding banyak negeri lain.

Sebaliknya, Sabah dan Sarawak antara yang mencatat harga tertinggi bagi beberapa item utama. Sabah merekodkan harga nasi goreng paling mahal sekitar RM8.27, manakala Sarawak mencatat harga nasi lemak tertinggi mencecah RM5.11.

Di ibu negara, Kuala Lumpur, harga makanan asas masih berada dalam lingkungan sederhana dengan nasi lemak sekitar RM3.50 dan nasi goreng RM6.38, namun beberapa item seperti roti canai dan karipap menunjukkan harga lebih tinggi berbanding negeri tertentu.

Data ini menggambarkan bahawa kos makan di Malaysia sangat dipengaruhi faktor lokasi, logistik, kos bahan mentah serta kebergantungan kepada bekalan luar, khususnya di Sabah dan Sarawak.

BACA: Purata harga sayur-sayuran terpilih mengikut negeri bagi tahun 2025



KD: Walaupun orang Kelantan makan roti canai dengan gula, harga roti canai di Kelantan tetap paling murah di Malaysia :p

TERKINI

Bomba Kelantan Rekod 1,509 Kes Kebakaran Terbuka Sejak Mac, Bachok Tertinggi
|
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan merekodkan peningkatan…
Kelantan Sasar Pasaran China & Singapura, Rangka Promosi Pelancongan Lebih Efektif
|
Kerajaan Negeri Kelantan kini merangka pendekatan promosi pelancongan yang…
Bengkel Kereta Di Jalan Long Yunus Kota Bharu Terbakar, Lima Kenderaan Hangus
|
Sebuah bengkel kereta di Jalan Long Yunus, Kota Bharu…
Pengeluaran Dron Serangan Iran Meningkat 10 Kali Ganda Sejak Perang
|
Kadar pengeluaran dron serangan Iran dilaporkan meningkat sehingga 10…
YIK Lahirkan 5,720 Huffaz, 432 Graduan Tahfiz Dirai Dalam Majlis Graduasi Kali Ke-16
|
Yayasan Islam Kelantan (YIK) berjaya melahirkan seramai 5,720 huffaz…
MB Manfaat Lawatan PM Sabtu Ini, Bincang Pembangunan Perlu Disegerakan
|
Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke…
Jawatan Kosong Kelantan