Penganggur lakukan amang seksual di PPS sudah ada rekod kes rogol

Seorang penganggur yang sebelum ini sedang dibicarakan atas kesalahan rogol sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja perempuan ketika berada di pusat pemindahan sementara semasa banjir.

Tertuduh, Nik Mohammad Ilfam Mohammad Noor berusia 22 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizan Tuan Lah.

BACA: Lelaki ditahan cabul remaja perempuan di sebuah PPS di Bachok

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 16 tahun di sebuah PPS di Jelawat, Bachok pada jam 11 pagi pada 26 November lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun serta hukuman sebat.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mazlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, Siti Hajar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan alasan kes ini melibatkan dakwaan serius dan berkata, “Tertuduh juga dituduh atas kesalahan rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan pada tahun lepas.

Dia dalam tempoh jaminan mahkamah dan kes rogol tersebut masih dalam perbicaraan.”

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 8 Disember ini bagi sebutan semula kes serta lantikan peguam.

No posts found!



KD: Tak sangka dalam situasi banjir pun ada yang sanggup ambil kesempatan. Semoga keadilan terus ditegakkan untuk melindungi remaja dan mangsa yang terkesan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!