Lelaki ditahan cabul remaja perempuan di sebuah PPS di Bachok

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencabul remaja perempuan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok, kelmarin.

Dalam kejadian 11 pagi itu, suspek berusia 21 tahun dikatakan mencabul remaja perempuan berusia 16 tahun.

Difahamkan, kedua-dua mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan hanya berborak ketika berada di PPS berkenaan sebelum suspek mencabul mangsa.

Sumber berkata, sejurus kejadian itu, mangsa memaklumkan perkara berkenaan kepada ibunya sebelum laporan polis dibuat.

"Susulan itu, polis terus menahan suspek dan kini ditahan reman," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, suspek ditahan reman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan jenayah.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!