Paras air di beberapa sungai Kelantan melepasi tahap waspada, amaran

Paras Air Beberapa Sungai Utama Kelantan Lepasi Tahap Waspada Susulan Hujan Berterusan

Hujan berterusan di kawasan pedalaman menyebabkan beberapa sungai utama di Kelantan merekodkan paras air melebihi tahap waspada dan amaran setakat jam 11.30 pagi tadi.

Berdasarkan data daripada laman sesawang Public InfoBanjir milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), aras air Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai mencatatkan bacaan 33.61 meter, iaitu 3.61 meter melebihi tahap waspada, namun menunjukkan trend menurun.

Sementara itu, Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai merekodkan paras 33.02 meter, melepasi tahap waspada setinggi 1.02 meter dengan trend kekal.

Di Gua Musang, Sungai Galas di Limau Kasturi pula mencatatkan paras air 56.28 meter, iaitu 0.28 meter melebihi tahap waspada dan berada dalam keadaan stabil. Hujan renyai sebanyak empat milimeter turut direkodkan di kawasan tersebut.

Keadaan hampir sama turut direkodkan di Pasir Mas, apabila Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan paras air 7.7 meter, melebihi tahap waspada setinggi 0.7 meter, namun menunjukkan trend menurun.

Sungai Kelantan di Jambatan Tendong pula merekodkan bacaan 4.78 meter, iaitu 0.78 meter melebihi tahap waspada dengan trend menaik.

Di Tanah Merah, paras air Sungai Kelantan di Kusial direkodkan pada 13.34 meter, manakala di Kusial Baru pula pada 13.56 meter, masing-masing melepasi tahap waspada dan menunjukkan trend tidak berubah.

Sungai Sokor di Kampung Sokor turut mencatatkan paras air 19.9 meter, iaitu 1.9 meter melebihi tahap waspada dan menunjukkan trend menaik.

Sementara itu di Machang, Sungai Kelantan di Kampung Temangan merekodkan paras air 15.46 meter, melepasi tahap waspada setinggi 1.46 meter dan berada dalam keadaan stabil.



Penduduk yang tinggal berhampiran sungai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa daripada pihak berkuasa.

Sumber: Bernama

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!