Paras air 10 sungai utama Kelantan meningkat susulan hujan lebat

Hujan lebat yang melanda beberapa daerah sejak semalam menyebabkan paras air di 10 sungai utama di Kelantan meningkat, sekali gus mencetuskan kebimbangan penduduk di kawasan berhampiran sungai.

Berdasarkan maklumat di laman web publicinfobanjir.water.gov.my, tiga sungai didapati melebihi paras amaran, manakala tujuh lagi melepasi paras waspada.

Tiga sungai yang melebihi paras amaran ialah Sungai Golok di Rantau Panjang, Sungai Kelantan serta Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai.

Sementara itu, sungai yang mencatatkan paras waspada termasuk Sungai Galas di Gua Musang, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah, Sungai Galas di Chegar Lapan, Kuala Krai, Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang, Sungai Kelantan di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Sungai Kelantan di Kusial Baru, serta Sungai Sokor di Tanah Merah.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak memaklumkan pihaknya telah menjalankan pemantauan di Jeti Tambatan Diraja, Kota Bharu, pada jam 7 petang tadi.

“Hasil pemantauan menunjukkan peningkatan air sungai di lokasi itu melebihi paras normal.

“Orang awam yang berada berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah keselamatan,” katanya.



Orang ramai khususnya yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai disaran untuk sentiasa memantau perkembangan semasa serta mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Sumber: Harian Metro

TERKINI

12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
JAKIM Nafi Iktiraf Sijil Nikah Rohingya, Guna Nombor Rujukan Palsu
|
Dakwaan mengenai sijil perakuan nikah melibatkan etnik Rohingya yang…
Suami Isteri Ditahan Disyaki Guna Dron Seludup Tembakau Ke Penjara
|
Cubaan menyeludup tembakau ke dalam Penjara Sungai Udang, Melaka…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!