Nasken Coffee kukuhkan kepercayaan, terima Pensijilan Halal

Bergerak sebagai jenama kopi tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pelanggan terutama di Kelantan, Nasken Coffee terus melangkah ke hadapan dengan komitmen terhadap kualiti, kebersihan dan kepercayaan pengguna.

Bermula sebagai kafe yang menekankan rasa dan pengalaman, Nasken Coffee kini semakin kukuh sebagai jenama yang menjaga aspek pematuhan syariah dalam setiap operasinya.

Terbaharu, melalui perkongsian di laman sosial syarikat berkenaan, Nasken Coffee Airport secara rasmi menerima Pensijilan Halal menerusi satu Majlis Perasmian bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Majlis penyerahan pensijilan itu turut disaksikan oleh Ustaz Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim, wakil JAHEAIK, bersama barisan pengurusan Nasken International Sdn Bhd, sekali gus mengukuhkan keyakinan terhadap pematuhan sistem halal yang dilaksanakan oleh pihak syarikat.

Menurut perkongsian itu lagi, pensijilan halal ini bukan sekadar satu pengiktirafan, malah menjadi simbol kepercayaan, integriti dan ketelusan dalam setiap aspek operasi Nasken Coffee bermula daripada pemilihan bahan mentah, proses penyediaan minuman dan makanan, sehinggalah kepada penyajian kepada pelanggan.

Seiring pencapaian ini, Nasken Coffee menegaskan komitmen untuk terus memastikan setiap sajian yang dihidangkan adalah halal, bersih dan berkualiti, selari dengan kepercayaan pelanggan yang sentiasa menjadi keutamaan jenama tersebut.



Menurut pihak pengurusan, sokongan berterusan pelanggan menjadi inspirasi utama untuk Nasken Coffee terus melangkah lebih jauh, menembusi pasaran yang lebih luas dan membawa jenama tempatan ini ke tahap yang lebih tinggi.

TERKINI

[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Sudah 10 Kali Ditangkap, Lelaki Mengaku Jadi Penyeludup Demi Sara Keluarga
|
"Kalau Tak Buat Kerja Ini, Apa Lagi Saya Boleh…
Lelaki Ditembak Ketika Hendak Masuk Kereta Selepas Beli Telur
|
Seorang lelaki berusia 38 tahun cedera selepas dipercayai ditembak…
PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!