Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion kes 1MDB

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion terhadap bekas Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak, dalam perbicaraan membabitkan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada malam ini.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah, sekitar jam 9 malam, selepas mahkamah mendapati bekas Presiden UMNO tersebut bersalah terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, manakala lima tahun penjara dikenakan bagi setiap pertuduhan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, semua hukuman itu diarahkan berjalan serentak, dan hanya akan bermula selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara bagi kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang diputuskan sebelum ini.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Najib menjalani hukuman penjara tambahan selama 40 tahun sekiranya beliau gagal membayar denda berjumlah RM11.38 bilion yang dikenakan.



Kes ini merupakan antara perbicaraan terbesar dalam sejarah negara, melibatkan dakwaan penyelewengan dana awam berskala besar yang mendapat perhatian bukan sahaja dalam negara, malah di peringkat antarabangsa.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Lelaki Dakwa Jadi ‘Nabi’ Cemas Dipukul Ombak Ketika Cuba ‘Belah Laut’
|
Seorang lelaki dikenali sebagai Ebo Noah menjadi perhatian ramai…
Kabinet Thailand Lulus Projek Bersama Malaysia Kurangkan Risiko Banjir Sungai Golok
|
Kabinet Thailand meluluskan pelaksanaan projek alam sekitar bersama Malaysia…
PASTI Terengganu Rangkul Anugerah Prasekolah Terbaik Dunia
|
Jabatan PASTI Negeri Terengganu mencipta kejayaan membanggakan apabila menerima…
Pengasas Produk Dipanggil JAHEIK, Bantu Siasatan Majlis Hari Jadi Tema Bunian
|
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) telah memanggil…
Pemuda Dari Bachok Maut Motosikal Jatuh Gaung Di Puncak Gerik
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terjunam ke…
9 Tahun Menunggu, Wanita Akhirnya Bernikah Dengan Lelaki Dalam Penjara Tanah Merah
|
Seorang wanita akhirnya menamatkan penantian hampir sembilan tahun apabila…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!