Bersatu Machang Desak Wan Ahmad Fayhsal Dipecat, Didakwa Rosakkan Parti

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang mendesak pimpinan tertinggi parti supaya memecat Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai ahli susulan dakwaan beliau telah melakukan kerosakan besar terhadap parti.

Ketuanya, Kamaruddin Ab. Kadir berkata, desakan itu dibuat susulan tindakan Ahli Parlimen Machang itu yang didakwa mengemukakan aduan berkaitan Pemilihan dan Persidangan Bersatu Bahagian Machang menggunakan akuan berkanun (SD) palsu.

Menurutnya, perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan serius yang mencemarkan integriti proses demokrasi dalaman parti.

“Saya menggesa Lembaga Disiplin Bersatu supaya menyegerakan siasatan dan keputusan terhadap semua aduan yang telah dikemukakan, termasuk dakwaan penggunaan dokumen palsu berkenaan.

“Isu ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia melibatkan keabsahan kepimpinan dan maruah parti,” katanya kepada pemberita.

Kamaruddin berkata, penggantungan keahlian yang dikenakan ke atas Wan Ahmad Fayhsal disifatkan terlalu lunak berbanding kerosakan yang didakwa telah dilakukan terhadap parti.

Katanya, tindakan tegas perlu diambil tanpa sebarang kompromi kerana Ahli Parlimen Machang itu didakwa berulang kali mencabar disiplin parti, mempertikai keputusan kepimpinan serta mencetuskan perpecahan di peringkat Bahagian Machang.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menuntut supaya Wan Ahmad Fayhsal digugurkan serta-merta daripada senarai Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, Bersatu Bahagian Machang mahu status Wan Ahmad Fayhsal ditukar sebagai Ahli Parlimen Bebas.

“Individu yang secara terbuka menyerang parti, mempertikai kepimpinan serta merosakkan struktur dalaman tidak wajar terus menggunakan nama dan logo PN sebagai pelindung politik.

“Lembaga Rayuan Bersatu tidak seharusnya mempertimbangkan sebarang rayuan daripada Wan Ahmad Fayhsal serta Wan Saiful Wan Jan, yang didakwa terus menyerang kepimpinan dan institusi Presiden tanpa menunjukkan sebarang penyesalan.

“Memberi ruang rayuan kepada individu sedemikian hanya akan melemahkan disiplin dan autoriti parti,” katanya.



Kamaruddin menegaskan bahawa Bersatu bukan medan politik ugutan, manipulasi dokumen atau permainan persepsi demi kepentingan peribadi, sebaliknya perlu dipertahankan sebagai parti yang berteraskan disiplin, integriti dan kesetiaan kepada perjuangan.

Sumber: Utusan

SHARE:

TERKINI

Kerajaan Akan Naikkan Jumlah Bantuan SARA Dalam Masa Terdekat – PM
|
Kerajaan memberi bayangan bahawa kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA)…
Proton Saga Terbakar Di Persimpangan Lampu Isyarat Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
|
Sebuah kereta Proton Saga berwarna putih terbakar di persimpangan…
Empat Pengedar Dadah Bergelut Dengan Polis Sebelum Dicekup di Jelawat
|
Cubaan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran…
Baru Sehari Dapat Sijil Kejuruteraan, Pemuda Maut Dilanggar Warga Asing
|
Perjalanan pulang seorang lelaki dari tempat kerja berakhir dengan…
PDRM Kelantan Catat Penurunan Jenayah Indeks Dan Kes Narkotik
|
Kadar jenayah indeks di Kelantan terus menunjukkan trend positif…
Polis Johor Rampas Methamphetamine RM3.04 Juta, Remaja 16 Tahun Antara Lapan Ditahan
|
Seorang remaja berusia 16 tahun antara ditahan dipercayai menjadi…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!