Lori terjunam ke sungai selepas elak dua motosikal cuba memotong

Sebuah lori Isuzu terjunam ke dalam Sungai Senduk, Kampung Panglima Bayu pagi semalam selepas pemandunya cuba mengelak dua motosikal yang secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

Menurut Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd Haki Hasbullah, kejadian berlaku sekitar jam 8.30 pagi ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Tanah Merah menghala ke Jeli.

Sebaik tiba di Jambatan Sungai Senduk, dua buah motosikal dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan apabila cuba memotong sebuah kereta.

“Bagi mengelakkan perlanggaran, pemandu lori bertindak membrek dan mengelak ke kiri lalu menyebabkan kenderaan itu terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Senduk,” katanya.

Pemandu lori itu bagaimanapun terselamat, tetapi kenderaan mengalami kerosakan ketara termasuk cermin hadapan pecah, bahagian bumbung dan bumper hadapan rosak, serta pintu kiri dan kanan kemek.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai rujuk ke majistret.



Sumber: Berita Harian

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan