Lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Sungai Panglima Bayu, Tanah Merah

Seorang lelaki berusia 25 tahun ditemukan lemas di sungai berhampiran Masjid Panglima Bayu, Tanah Merah petang tadi selepas dipercayai terjatuh ketika sedang memancing ikan.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.03 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang tiba di lokasi sembilan minit kemudian.

Setibanya di tempat kejadian, komander operasi mengesahkan seorang lelaki ditemukan lemas di sungai berkenaan.

Anggota bomba segera melakukan pencarian di kawasan air sebelum berjaya mengesan mangsa di dalam sungai.

Menurut adik mangsa yang berada di lokasi, abangnya dikatakan sedang mengail di tepi sungai sebelum tiba tiba diserang sawan dan terjatuh ke dalam air.



Mangsa kemudian diserahkan kepada polis yang tiba untuk tindakan lanjut.

Operasi disertai enam anggota bersama sebuah jentera LFRT.

TERKINI

PGA Rampas 14 Ekor Lembu Seludup Bernilai RM334,000 Di Tanah Merah
|
Cubaan menyeludup masuk 14 ekor lembu pedaging dipercayai dari…
Pasar Besar Machang Baharu Mula Beroperasi, Lebih Luas Dan Selesa
|
Penduduk Machang kini boleh menikmati pengalaman membeli-belah yang lebih…
Dituduh Curi Ayam, Lelaki Maut Dibelasah Di Depan Anak Perempuan
|
Hanya kerana dituduh mencuri seekor ayam, seorang lelaki berusia…
KPDN Kelantan Tumpaskan Cubaan Seludup Lebih 10,000 KG Minyak Masak Bersubsidi
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)…
Stadium Baharu Kelantan Di Bukit Merbau Kini Mula Menampakkan Rupa
|
Perkembangan terkini pembinaan Stadium Bukit Merbau di Pasir Puteh…
KelSDeaf Perlukan RM100,000 Untuk Jayakan Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia Di Kelantan
|
Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Kelantan (KelSDeaf) memerlukan RM100,000…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!