Lelaki dari Selangor dicekup bersama 10.4kg bunga ganja di Pasir Mas

Aktiviti pengedaran dadah di kawasan sempadan sekali lagi berjaya ditumpaskan apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 10.4 kilogram bunga ganja bernilai kira-kira RM374,400 dalam satu operasi bersepadu di Jalan Lubok Seto, Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Rampasan itu dibuat menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan hasil kerjasama Batalion 9 PGA dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain, berkata serbuan dilakukan kira-kira jam 11 malam selepas pasukan Strike Force mengesan seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas beg berkenaan, pihak kami menemukan 10.4kg bunga ganja. Suspek ditahan dan dibawa ke Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Menurut beliau, suspek berusia 40 tahun yang berasal dari Seri Kembangan, Selangor didapati positif Methamphetamine hasil ujian saringan air kencing.



Kes kini disiasat mengikut Seksyen 29B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dadah yang dirampas bersama suspek telah diserahkan kepada pihak IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Sumber: Bernama

TERKINI

PGA Tahan Enam Lelaki, Rampas 360 Tan Bijih Besi Di Kuala Krai
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam lelaki serta merampas…
“Saya Ingat Kami Semua Akan Mati” – Rumah Diserang 49 Das Mercun Di Kota Bharu
|
Detik mencemaskan dilalui lapan sekeluarga apabila rumah mereka di…
Bayi Perempuan Bertali Pusat Ditemui Ditinggalkan Di Pekarangan Masjid
|
Jemaah dan penduduk sekitar Masjid Al-Jamhuriah, Kuala Besut digemparkan…
Kuching City, Melaka FC Jadi Medan Ujian KRW Sebelum Sepak Mula Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengumumkan jadual lengkap…
Ketua Pemuda Amanah Bachok Didakwa Muat Naik Poster Palsu Kenaikan Harga Minyak
|
Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Bachok mengaku tidak…
[VIDEO] Pemilik Rumah Kesal, Penyewa Lari Tinggalkan Rumah Dalam Keadaan Rosak Dan Kotor
|
Seorang pemilik rumah di Taman Desa Kujid, Kota Bharu…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!