Kanak-kanak 11 tahun maut kemalangan libatkan motosikal dengan lori tanah

[DIKEMASKINI] Satu kemalangan tragis melibatkan sebuah lori muatan tanah dengan sebuah motosikal dilaporkan berlaku di laluan Bukit Pelampong Chenis, Kuala Krai.

Dalam kejadian tersebut, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan berkenaan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada anggota Polis Diraja Malaysia, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta Penghulu Pahi, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 10.50 pagi.

Mangsa, adik Muhammad Rifqi, merupakan pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Pahi dan menetap di Kampung Padang Lanas.

Ketika kejadian, mangsa dilaporkan membonceng motosikal yang ditunggang oleh bapa saudaranya untuk pulang ke rumah datuknya di Bukit Pelampong sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Bapa saudara arwah dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital.

Tragedi ini nyata mengundang rasa sebak dan pilu, lebih-lebih lagi apabila melibatkan mangsa yang masih kanak-kanak.



Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah dan mendoakan agar keluarga mangsa diberi kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini.

Sumber: Info Dalam Kuala Krai, YB Hilmi Abdullah 

TERKINI

Seleweng Dana Zakat RM230 Juta, SPRM Tahan Tiga Individu
|
Tiga individu termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah badan bukan…
Tular Caj RM30 Baiki Kalkulator, KPDN Serbu Premis Di Kota Bharu Untuk Siasatan
|
Isu caj baiki kalkulator yang dimasuki air sehingga mencecah…
Remaja 18 Tahun Ditahan, Bawa PATI Guna Kenderaan Pikap Milik Abang
|
Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun sanggup meredah risiko…
Suami Isteri Dera Anak Saudara Usia 10 Tahun Direman 7 Hari Di Machang
|
Suami isteri yang ditahan semalam kerana disyaki melakukan penderaan…
Dulu Bergelumang Najis, Abbe Hae Kongsi Perkembangan Terbaru Pak Din
|
Kisah seorang warga emas yang pernah tular sebelum ini…
Kakitangan Kerajaan Negeri Kelantan Bebas Rasuah, Tiada Yang Didakwa SPRM
|
Kerajaan negeri Kelantan menegaskan bahawa tiada seorang pun kakitangannya…
Jawatan Kosong Kelantan