JPN pertimbang pemilik dua kerakyatan serah dokumen tanpa diambil tindakan

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menilai cadangan supaya individu yang memiliki dua kerakyatan tampil secara sukarela menyerahkan dokumen pengenalan tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias, berkata buat masa ini pihaknya belum mempunyai data khusus mengenai jumlah mereka yang memiliki dua kewarganegaraan, termasuk penduduk di kawasan sempadan.

Menurutnya, cadangan itu akan memberi ruang kepada individu terbabit tampil secara sukarela bagi melucutkan salah satu kerakyatan mereka.

“Ada cadangan supaya mereka yang memiliki dua kewarganegaraan ini tampil secara sukarela menyerahkan dokumen pengenalan tanpa tindakan. Idea itu boleh dipertimbangkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, bagi mereka yang mempunyai dua kewarganegaraan khususnya Malaysia dan Thailand, prosesnya adalah merujuk kepada jawatankuasa sebelum diberikan pilihan untuk memilih hanya satu kerakyatan.

“Tiada tindakan seperti ditangkap dan sebagainya, hanya dilucutkan satu kewarganegaraan,” katanya lagi.

Badrul Hisham berkata demikian selepas menghadiri Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) bagi penyerahan dokumen pengenalan diri di Kampung Keting.

Katanya, setakat ini belum ada perbincangan rasmi dengan Thailand mengenai isu dua kerakyatan, namun perkara itu pernah dibangkitkan pada Disember tahun lalu ketika kawalan sempadan diperketat.

Sebelum ini, laporan menyebut masih ramai penduduk di sempadan Kelantan–Thailand memiliki dua kerakyatan, terutama mereka yang mempunyai ibu atau bapa dari negara jiran.



KD: Persoalan sekarang nak ke mereka yang ada dua kerakyatan ni serah salah satu kerakyatan mereka?🤔

Sumber: Berita Harian

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!