[VIDEO] Mek Kelate kongsi kisah berniaga di negeri luar, pilih balik ke Kelantan selepas 7 bulan merantau

Sebuah platform perkongsian video makanan viral, Makan Sedap KL, berkongsikan satu video menarik tentang kisah Puan Thanaletchumi, anak Kelantan yang pertama kali merantau ke luar negeri.

Dalam video tersebut, Puan Thanalechumi atau lebih dikenali ramai sebagai Mek Kelantan Mek Manis berkongsi pengalaman pahit manis ketika pertama kali merantau keluar dari Kelantan untuk berniaga nasi kukus.

Katanya, tujuh bulan berada di Rawang membuka matanya tentang perbezaan suasana, budaya dan cara hidup berbanding negeri asalnya.

Mek Kelantan yang sejak kecil membesar dalam komuniti Melayu di Kelantan sudah terbiasa membeli barangan mentah di kedai Melayu dan sangat menjaga soal halal.

Tetapi sebaik tiba di Rawang, beliau mengakui tidak menyangka akan berdepan kejutan budaya, termasuk isu perkauman — sesuatu yang katanya “tak pernah berlaku di kampung sendiri.”

Selain itu, suasana kejiranan yang sunyi turut membuatkan beliau agak terkejut. Kebanyakan penduduk memilih untuk buat hal masing-masing, berbeza dengan kehidupan di Kelantan yang penuh kemesraan dan saling mengenali walaupun tak rapat.

Namun di sebalik cabaran itu, ada satu pengalaman yang benar-benar menyentuh hatinya. Ketika bertemu seorang peniaga asal Kelantan, hanya kerana terdengar loghat sama, hubungan mesra terus terjalin dan merasa seolah berjumpa dengan ahli keluarga.

Ikuti cerita lebih lanjut pada video dibawah:

@makansedap.kl

Puan Thanaletchumi, atau lebih dikenali sebagai Mek Kelantan Mek Manis, berkongsi pengalaman pertama kali merantau keluar dari negeri Kelantan untuk berniaga nasi kukus. Menurutnya, pengalaman itu penuh kejutan kerana suasana dan budaya yang jauh berbeza daripada tempat asalnya. Beliau yang membesar di Kelantan sudah terbiasa membeli barangan mentah di kedai Melayu dan sangat menitikberatkan soal halal. Namun, sebaik tiba di Rawang, beliau tidak menyangka akan berdepan kejutan budaya termasuk isu perkauman — sesuatu yang katanya tidak pernah berlaku di negeri kelahirannya. Selama tujuh bulan di Rawang, beliau turut merasakan suasana kejiranan yang sunyi kerana kebanyakan penduduk lebih memilih untuk buat hal masing-masing. Keadaan itu membuatkannya rindu akan kemesraan dan pergaulan rapat yang menjadi kebiasaan di Kelantan. Namun, satu pengalaman manis berlaku apabila beliau bertemu seorang peniaga Kelantan di sana. Hanya kerana loghat yang sama, mereka terus berasa rapat. Peniaga itu turut berkongsi rezeki dengannya kuih onde-onde pada bulan Ramadan sebagai tanda ukhuwah. Katanya, walaupun tidak saling mengenali, persamaan loghat sahaja sudah cukup menyatukan mereka. Beliau menjelaskan bahawa keputusannya kembali ke Kelantan bukan kerana beliau tidak mampu hidup di negeri luar, tetapi kerana kebiasaan, suasana dan budaya di sana membuatkannya lebih selesa untuk pulang dan meneruskan kehidupan di negeri sendiri. #kelantan #culture #kotabharu #kelantanfoodie #MakanLokal

♬ original sound - Makan Sedap KL - Makan Sedap KL



KD: Tak kira Melayu, Cina atau India, orang Kelantan ni, bila jumpa geng loghat sama di perantauan, automatik rasa macam keluarga. Memang lain auranya.

TERKINI

Wanita Maut, Lima Cedera Dalam Nahas Alphard Dan Bezza Di Kuala Krai
|
Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera termasuk dua…
Bekas Atlet Para Kelantan Ukir Nama Di Pentas Dunia Melalui Seni Ukiran Kayu
|
Kekurangan fizikal tidak menghalang bekas atlet para Kelantan, Mazri…
5 Tip Simpan Daging Korban Supaya Kekal Segar Lebih Lama Elak Cepat Rosak
|
Setiap kali Aidiladha, isu biasa yang sering berlaku di…
Ini Cara Sebenar Pembahagian Daging Korban Mengikut Panduan JAKIM
|
Setiap kali tiba Aidiladha, antara persoalan yang sering timbul…
“Hebat Negeri Kelantan Masih Budayakan Jawi Dalam Design”
|
Satu perkongsian di Threads mengenai papan iklan yang menggunakan…
Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!