Dua sungai di Kelantan lepasi paras amaran, penduduk diminta berjaga-jaga

Hujan lebat di beberapa kawasan hulu Kelantan menyebabkan dua batang sungai utama melepasi paras amaran setakat jam 5.30 petang, hari ini.

Berdasarkan laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, sungai yang terlibat ialah Sungai Kelantan di Kuala Krai serta Sungai Sokor di Tanah Merah.

Beberapa sungai utama lain turut merekodkan paras melepasi tahap waspada, antaranya Sungai Galas di Kampung Lembaga, Gua Musang; Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang; Sungai Galas di Kuala Krai; Sungai Lebir di Kampung Tualang, Kuala Krai; Sungai Temangan di Machang; Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah serta Sungai Golok di Rantau Panjang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd. Farid Ishak berkata pihaknya bersama agensi keselamatan dan penyelamat sentiasa menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir susulan peningkatan paras air sungai ketika ini.

Katanya, langkah itu penting bagi memudahkan operasi menyelamat sekiranya berlaku kenaikan paras air secara mendadak.

“Nasihat saya kepada penduduk di kawasan rendah supaya keluar awal jika paras air naik secara mendadak dengan membawa dokumen penting.



“Barangan berharga yang lain, penduduk boleh menyimpannya di tempat tinggi bagi mengelakkan ditenggelami banjir,” ujarnya.

Sumber: Utusan

TERKINI

KPDN Kelantan Gagalkan Cubaan Seludup Lebih 20 Tan Minyak Masak Ke Thailand
|
Cubaan menyeludup lebih 20 tan metrik minyak masak peket…
KRW FC Umum 23 Penaja Untuk Musim Liga Super 2026/2027
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memperkenalkan seramai 23…
12 Pasukan Bola Sepak Kelantan Yang Pernah Mewarnai Liga Malaysia
|
Kelantan pernah dikenali sebagai antara negeri yang paling kuat…
Anwar Lancar Avatar AI, Pelawa Rakyat Kongsi Pandangan Secara Terus Di WhatsApp
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia,…
Rumah Kedai Sedang Diubah Suai Runtuh, Hempap Dua Kenderaan Di Melaka
|
Suasana tenang di Taman Kota Laksamana, Melaka bertukar cemas…
KRW FC Hantar Dokumen Kepada FIFA, Yakin Sekatan Perpindahan Dapat Diselesaikan
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) memaklumkan telah menghantar…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!