Datuk Seri Bung Moktar Radin meninggal dunia

Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada Jumaat, 5 Disember 2025, jam 1.46 pagi.

Berita duka itu disahkan anaknya, Naim Kurniawan Moktar ketika dihubungi media.

"Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," katanya tanpa mengulas lanjut mengenai punca kematian.

Terdahulu, Bung Moktar, 66, dimasukkan ke hospital berkenaan dan turut menerima lawatan beberapa pemimpin termasuk Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Pada PRN Sabah Ke-17 baru-baru ini, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Lamag dengan majoriti 153 undi dalam saingan enam penjuru.

Dalam arena Parlimen, Allahyarham memenangi kerusi Kinabatangan sejak Pilihan Raya Umum 1999 dan berkhidmat selama enam penggal.



Dilahirkan pada 15 September 1959 di Sukau, Kinabatangan, Bung Moktar meninggalkan dua isteri, Datin Seri Nor Asidah Alimuddin dan Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, serta tujuh orang anak.

Sumber: Bernama

TERKINI

“Sebagai Bapa, Saya Maafkan Guru Berkenaan” – Bapa Pelajar Maut Dirempuh Di Sekolah
|
Tragedi pilu yang meragut nyawa pelajar Tingkatan Satu, Nur…
Guru Disyaki Rempuh Dua Pelajar Depan Surau Sekolah Di Kota Bharu Dibawa Ke Mahkamah
|
Kes kemalangan tragis yang mengorbankan seorang pelajar Tingkatan Satu…
Iran Telah Lama Bersedia Hadapi Perang Berpanjangan Selama 6 Bulan
|
Iran dilaporkan bersedia menghadapi kemungkinan perang berpanjangan sehingga enam…
Tragedi Pelajar Maut Di Kota Bharu Perlu Jadi Iktibar, Elak Kecuaian – PM
|
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tragedi yang…
Tular Video Pemandu Bas Didakwa Pandu Sambil Meriba Wanita
|
Satu video yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan…
AS Dakwa China Bersedia Hantar Sistem Pertahanan Udara Baharu Kepada Iran
|
Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendakwa China sedang bersiap sedia…
Jawatan Kosong Kelantan