APM pantau kawasan berisiko banjir di Kuala Krai, 25 pelajar dihantar pulang

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan meningkatkan tahap kesiapsiagaan susulan hujan lebat berterusan dengan melaksanakan pemantauan di beberapa lokasi berisiko banjir di daerah Kuala Krai, hari ini.

Pemantauan itu dijalankan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin, khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai hotspot banjir.

APM Daerah Kuala Krai memaklumkan, antara kawasan yang dipantau ialah Kampung Bukit Sireh dan Kampung Chenulang, termasuk pemantauan paras air Sungai Tasan yang dilaporkan menunjukkan peningkatan dan berada pada tahap berjaga-jaga.

Dalam perkembangan sama, seramai 25 pelajar Sekolah Menengah Ugama (Arab) Syukuriah Bukit Sireh berjaya dipindahkan keluar sebagai langkah keselamatan awal.

Kesemua pelajar terbabit dihantar pulang ke Kampung Bedal dengan selamat menggunakan lori APM Daerah Kuala Krai.

APM Negeri Kelantan menegaskan pihaknya akan terus berada dalam keadaan siap siaga serta melakukan pemantauan secara berterusan, terutama ketika cuaca tidak menentu, bagi memastikan sebarang risiko dapat ditangani dengan segera.



Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau perkembangan semasa dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa demi keselamatan bersama.

Sumber: APM Negeri Kelantan

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!