APM pantau banjir Tanah Merah, laluan Kampung Panjang dan Sokor terputus

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tanah Merah menjalankan rondaan dan pemantauan banjir di Kampung Panjang dan Kampung Sokor petang tadi bagi menilai paras air serta keselamatan penduduk setempat.

Pemantauan dilakukan sekitar jam 3 petang dengan kekuatan dua pegawai dan dua anggota, ketika keadaan cuaca dilaporkan hujan.

Hasil rondaan mendapati paras air di kedua-dua kampung menunjukkan trend menurun, namun orang ramai tetap dinasihatkan supaya berjaga-jaga memandangkan risiko limpahan air atau banjir kilat masih berpotensi berlaku.

Selain itu, laluan utama di kawasan terlibat dilaporkan terputus akibat limpahan air, sekali gus mengehadkan pergerakan kenderaan dan penduduk.

Sehubungan itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menasihatkan orang awam agar mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengelakkan kawasan berisiko sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya.



Sumber: APM Kelantan

TERKINI

Nur Izzati Ditemukan 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat
|
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja yang hilang ketika…
Lelaki Dicekup Cuba Hantar 13 Lembu Seludup Di Pasir Mas
|
Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba menghantar 13 lembu…
Jenazah Dua Beradik Lemas Di Paka Selamat Dikebumikan Di Melor, Kota Bharu
|
Jenazah dua beradik yang lemas di Sungai Beril berhampiran…
Lelaki Maut Motosikal Terbabas Ke Dalam Parit Sedalam Dua Meter Di Tawang
|
Seorang lelaki maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15 ditungganginya…
|
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra terus mencatat peningkatan pergerakan…
Guru Agama Didakwa Amang Seksual Dua Kanak-Kanak Lelaki
|
Seorang guru agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!