Adik ipar bongkar kakak ipar ada dua suami lebih setahun

Satu kisah rumah tangga di Tanah Merah, Kelantan menjadi tumpuan apabila seorang wanita didakwa berkahwin dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri, dan rahsia itu hanya terbongkar selepas setahun menyimpannya.

Segalanya pecah selepas adik ipar wanita berkenaan, Nur, mengesyaki sesuatu dan melakukan pemeriksaan di rumah seorang lelaki di Batu 11 pada 6 Disember lalu bersama polis serta penduduk setempat.

Nur berkata, sebaik tiba, dia melihat seorang lelaki tidak dikenali berada dalam rumah itu sebelum meminta lelaki tersebut menunjukkan sijil nikah dan memanggil kakak iparnya keluar.

“Sebaik sahaja wanita itu keluar, lelaki itu beritahu kakak ipar adalah isterinya,” katanya.

Lelaki itu yang berasal dari Johor mendakwa mereka sudah bernikah pada 5 November tahun lalu di Pejabat Agama Wilayah Songkhla, Thailand.

Menurut Nur, apa yang mengejutkan adalah abang dan kakak iparnya tidak pernah bercerai serta kelihatan bahagia seperti pasangan biasa.


Dua Rumah, Dua Suami, Satu Rahsia

Nur mendakwa kakak iparnya sanggup ke rumah suami kedua setiap kali abang keluar bekerja.

“Siang dia di rumah suami kedua, malam dengan abang. Jarak dua rumah itu hanya 19 kilometer,” jelasnya.

Katanya, jika tidak terbongkar, keluarganya mungkin terus ditipu dan bimbang perkara itu mencemarkan kesucian agama Islam.

Lebih mengejutkan, seminggu selepas kejadian, kakak iparnya membuat laporan palsu mendakwa Nur mengganggunya.


Aduan Dibuat, Tapi Mahu Tindakan Segera

Nur berkata, laporan telah dibuat kepada Pejabat Agama Tanah Merah namun setakat ini masih tiada tindakan.

“Saya harap pihak berkenaan ambil serius. Ini bukan soal peribadi lagi, ia sudah melibatkan kesucian agama Islam. Bertindaklah mengikut undang-undang,” katanya.

Tambahnya, wanita itu juga masih berkeras tidak mahu keluar dari rumah abangnya.

BACA: Bekas suami tampil beri penjelasan, sudah cerai sejak 2022



KD: Harap pihak berkuasa ambil serius dan tindakan tegas, kes ini telah mencemarkan kesucian Islam.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Seakan Pertubuhan Rasmi, Pelarian Rohingya Lantik Ketua Setiap Daerah Di Kelantan
|
Tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah laman yang…
Bekal Air Ketum Kepada Nelayan, Dua Lelaki Ditahan Di Tok Bali
|
Kegiatan membekalkan air ketum kepada nelayan dan awak-awak kapal…
Warga Emas Ditahan Bawa 800kg Beras Seludup Dari Thailand Di Tanah Merah
|
Cubaan seorang lelaki warga emas untuk meloloskan diri daripada…
Ronaldo Pemain Pertama Jaring Gol Dalam Enam Piala Dunia
|
Cristiano Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai antara pemain terhebat…
Israel Dijangka Berperang Dengan Mesir Dalam Tempoh 15 Tahun
|
Seorang aktivis Zionis terkemuka meramalkan Israel berkemungkinan berdepan peperangan…
Tanah Diusahakan 20 Tahun Disita, Peneroka Gua Musang Tuntut Siasatan
|
Peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Gua…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!