Suspek kes tembak di Golok datang serah diri bersama senjata api

NARATHIWAT – Seorang bekas pemain bola sepak Kelantan FA ditahan bersama dua pucuk pistol bagi membantu siasatan berhubung kes tembak rakyat Malaysia, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, di Sungai Golok, Thailand, pada Sabtu lalu.

Suspek berusia 31 tahun, yang pernah beraksi sebagai penjaga gol skuad Kelantan FA pada musim 2019 itu, ditangkap mengikut waran tangkap Mahkamah Wilayah Narathiwat atas tuduhan membunuh dengan niat yang telah dirancang lebih awal.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mejar Jeneral Polis Prayong Khotsakha, mengesahkan penahanan itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Suspek turut disiasat kerana memiliki senjata api dan peluru tanpa kebenaran serta membawa senjata ke kawasan awam tanpa sebab munasabah.

Barang rampasan termasuk dua pucuk pistol separa automatik jenis COLT kaliber 9mm dan Desert Eagle kaliber 9mm,” katanya.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek terlibat secara langsung dalam kejadian tembakan ke atas mangsa, Mohd Fuad Fahmie, yang berlaku di Kampung Buereng Charoen Khet, Sungai Golok, sekitar jam 7 malam Sabtu.

Media tempatan melaporkan, semakan awal mendapati suspek memiliki dua kerakyatan, Thailand dan Malaysia.

Sebelum itu, sumber polis Thailand memaklumkan suspek menyerahkan diri di Balai Polis Sungai Golok malam Ahad, sambil menyerahkan pistol yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek datang menyerahkan diri secara sukarela dan membawa senjata yang digunakan,” kata jurucakap Balai Polis Sungai Golok.

Tragedi berdarah itu menggemparkan penduduk apabila suasana tenang di Kampung Bering, Sungai Golok bertukar ngeri apabila Mohd Fuad ditembak 18 das ketika sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di halaman rumahnya.

Menurut isterinya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35, dua lelaki berkenaan dikenali mereka dan datang dari arah belakang sebelum melepaskan tembakan bertubi-tubi tanpa amaran.

Mangsa, yang berasal dari Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, Kelantan, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok pada jam 9 malam.



Polis Thailand kini meneruskan siasatan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian, termasuk kemungkinan ia berpunca daripada perselisihan peribadi atau urusan perniagaan rentas sempadan.

#KelantanDaily
Sumber: Utusan, Sinar Harian, Berita Harian

TERKINI

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Terima Rasuah Lebih RM1 Juta
|
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil,…
Ini Senarai 10 Nama Kampung Unik Di Kelantan
|
Kelantan sememangnya terkenal dengan budaya, dialek dan sejarah yang…
Tuan Guru Haji Awang Yusuf Dinobat Tokoh Hijratul Rasul Kelantan 1448H
|
Mudir Madrasah Yusufiah Pondok Banggol Naim Gelang Mas, Pasir…
[VIDEO] Peniaga Peragakan Pakaian Dalam Di Tempat Awam Cetus Kecaman
|
Satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita memperagakan pakaian…
Ulama Umno Bidas Senator DAP, Pertahan Program Dakwah Di UPSI
|
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Mohd Khairuddin Aman Razali…
PRU16 Dijangka Diadakan Oktober Atau November Tahun Ini
|
PAS menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan berlangsung…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!