Isteri kongsi detik memilukan – ‘Suami ditembak sampai habis peluru’

PASIR MAS – “Pembunuh sangat kejam apabila menembak suami bertalu-talu. Saya yang melihat suami rebah terus memeluknya, namun pembunuh masih melepaskan tembakan sehingga habis peluru.”

Itu luahan pilu Wan Fatihah Mat Husin, 35, isteri kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 35, yang maut selepas ditembak di rumah mereka di Sungai Golok, Thailand, petang semalam.

Wan Fatihah yang kini sarat mengandung, mendakwa suaminya terkena 18 das tembakan selepas pemeriksaan dibuat di hospital, dan kejadian itu dipercayai didalangi dua individu bersenjata.

Menurutnya, insiden berlaku ketika dia dan suami sedang memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah sebelum dua lelaki tidak dikenali muncul dan melepaskan tembakan dari arah belakang.

“Sebaik terkena beberapa das tembakan, suami terus rebah dan saya memeluknya dalam keadaan berlumuran darah.

Namun pembunuh masih melepaskan tembakan sehinggalah peluru habis, barulah mereka melarikan diri dengan kereta,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga di Kampung Kepas Apam, Pasir Mas, hari ini.

Katanya, peluru mengenai leher, badan dan dada suaminya menyebabkan kecederaan parah.

“Sebaik dibawa ke hospital, doktor memaklumkan suami terkena 18 das tembakan sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9 malam,” katanya sebak.

Wan Fatihah berkata, dia masih terkejut dan trauma dengan kejadian ngeri yang berlaku di depan matanya sendiri.

“Saya tidak sangka suami akan pergi dengan cara begitu. Arwah seorang yang baik, tidak pernah menyusahkan sesiapa,” katanya.

Terdahulu, seorang peniaga rakyat Malaysia itu dilaporkan maut selepas ditembak oleh individu dikenali di kediamannya di Sungai Golok.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok malam tadi.



Difahamkan, polis Thailand telah menahan dua suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

BACA: Suami ditembak 18 das di Sungai Golok

#KelantanDaily
Sumber: Harian Metro

TERKINI

Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
KRW FC Tangguh Pengambilan Pemain Baharu, Tunggu Isu Teknikal Selesai
|
Ketua Jurulatih Kelantan Red Warriors (KRW) FC, Irfan Bakti…
46 Projek Bernilai RM207.2 Juta Diluluskan Untuk Pasir Puteh
|
Pasir Puteh bakal menerima suntikan pembangunan apabila kerajaan meluluskan…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!