KKM sedia ambil jururawat warga asing isi kekurangan di hospital awam

KKM Sedia Pertimbang Ambil Jururawat Dari Luar Negara Isi Kekurangan Di Hospital Awam

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menolak kemungkinan untuk mengambil jururawat dari luar negara bagi menampung kekurangan tenaga kerja di hospital awam, sekiranya terdapat permohonan rasmi dan keperluan mendesak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata langkah itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat ketat termasuk tahap kemahiran, keupayaan klinikal serta aspek keselamatan dan komunikasi.

“Kami di KKM tidak menolak usaha atau pilihan untuk mempertimbangkan kemasukan jururawat dari luar negara.

“Syaratnya adalah pastikan dari sudut keupayaan klinikal, kemahiran, keselamatan serta persoalan lain termasuk budaya dan bahasa,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Selasa.

Beliau menjelaskan, setakat ini KKM belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana negeri bagi tujuan berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr. Dzulkefly mengakui kekurangan jururawat di seluruh negara menjadi antara cabaran utama dalam sistem kesihatan awam ketika ini.

“Angka paling mutakhir adalah sekitar 8,000 jururawat, dan saya sangat sedar realiti ini. Ia bukan sesuatu yang mudah untuk ditingkatkan kerana memerlukan masa — contohnya dua tahun untuk program diploma kejururawatan,” jelasnya.



Katanya, langkah mengambil jururawat asing mungkin menjadi penyelesaian sementara sementara menunggu lebih ramai tenaga tempatan menamatkan latihan dan menyertai perkhidmatan.

Sumber: Sinar Harian

TERKINI

Uganda Dakwa Sedia Gerakkan 500,000 Tentera Untuk Tawan Iran
|
Ketua tentera Uganda, Jeneral Muhoozi Kainerugaba mencetuskan perhatian antarabangsa…
PGA Rampas 8,000 Pil Yaba Bernilai RM80,000 Di Kebun Sawit Pasir Mas
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas sebanyak 8,000 biji…
Empat Bom Ikan Ditemukan Berhampiran Sempadan Tanah Merah Dimusnahkan
|
Empat objek disyaki bom ikan yang ditemukan berhampiran kawasan…
Iran Bawa Potret Dan Beg Sekolah 165 Murid Terbunuh Terbang Ke Pakistan
|
Tular di media sosial satu hantaran memaparkan ketua delegasi…
Pemilik Restoran Nasi Ulam Cikgu Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Solat Isyak
|
Pemilik perniagaan terkenal Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung…
Masih Ada “Buat Darat” Berkumpul Di LTSIP, 16 Kenderaan Disita, 171 Saman Dikeluarkan
|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan bersama Jabatan Siasatan dan…
Jawatan Kosong Kelantan