Kelantan berjaya kurangkan kebergantungan hasil negeri dari pembalakan

Kelantan Kurangkan Kebergantungan Hasil Kepada Pembalakan, Tebang Hanya 27.2% Dari Kuota Dibenarkan

Kerajaan Kelantan terus menunjukkan komitmen terhadap kelestarian alam apabila hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kuota pembalakan yang dibenarkan dalam tempoh lima tahun terakhir.

Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Sumber Asli, Integriti, Pembangunan Insan dan Undang-Undang, YB Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Hassan, berkata demikian ketika sesi penggulungan Persidangan Dewan Negeri Kelantan bagi Kali Ketiga (Belanjawan), Penggal Ke-15, pada Isnin.

Menurut beliau, kerajaan negeri pernah ditegur oleh pegawai Jabatan Perhutanan Persekutuan kerana tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan penebangan balak yang dibenarkan di bawah Catutan Tebangan Tahunan (CTT).

“Daripada keseluruhan kuota 19,500 hektar, hanya 5,305 hektar digunakan atau 27.2 peratus sahaja,” tegasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Kelantan mencatat rekod penggunaan kuota pembalakan paling rendah dalam tempoh lima tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Perincian penggunaan kuota tahunan menunjukkan trend penurunan konsisten iaitu:

  • Tahun 2021: 1,277 hektar
  • Tahun 2022: 1,702 hektar
  • Tahun 2023: 740 hektar
  • Tahun 2024: 846 hektar
  • Tahun 2025 (anggaran): 740 hektar

Katanya, baki 14,195 hektar kekal tidak disentuh, membuktikan komitmen negeri terhadap pengurusan sumber semula jadi secara berhemah dan selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan kepada hasil pembalakan.



Langkah ini sekaligus memperlihatkan hala tuju kerajaan negeri dalam melaksanakan pembangunan ekonomi secara mampan dan lestari bagi memastikan keseimbangan antara kemajuan serta penjagaan alam sekitar terus terpelihara.

TERKINI

Lamine Yamal ‘Versi Kelantan’ Curi Perhatian Ketika Tayangan Akhir Piala Dunia
|
Bukan sahaja aksi final Piala Dunia FIFA menjadi tumpuan,…
Kelantan Kini Pengeluar Mangan Ketujuh Terbesar Dunia
|
Ramai mungkin tidak mengetahui bahawa Kelantan kini berada pada…
Kelantan Roboh Premis Dan Tiga Rumah Haram Dibina Etnik Rohingya di Tanah Merah
|
Kerajaan Kelantan mengambil tindakan merobohkan sebuah premis dan tiga…
Kelantan RW Bertemu Selangor FC Dalam Aksi Pembukaan Liga Super
|
Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) bakal membuka kempen…
Ketua Polis Balai di Kelantan Wajib Buat Sekurang-kurangnya Satu Tangkapan Dadah Sehari
|
Polis Kelantan memperkenalkan strategi baharu dalam usaha membanteras penyalahgunaan…
Tiga Lelaki Maut, Lori Ayam Rempuh Treler di Tanah Merah
|
Perjalanan tiga lelaki membawa bekalan ayam dari Perak ke…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!