Jenazah wanita obesiti 220kg diangkat Bomba dan Polis

Suasana hiba menyelubungi sebuah rumah di Sungai Terah apabila operasi khas terpaksa dijalankan untuk membawa jenazah seorang wanita obesiti seberat 220 kilogram ke Hospital Gua Musang, semalam.

Menurut laporan Berita Harian, tugas itu melibatkan hampir 10 anggota bomba dan polis kerana keadaan fizikal jenazah memerlukan koordinasi serta kekuatan tambahan.

Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan II Nik Mohd Fakri Md Nawi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.47 pagi melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, meminta bantuan untuk menguruskan pemindahan jenazah.

Beliau berkata, jentera BBP Gua Musang segera diarahkan ke lokasi dan tiba pada jam 9.03 pagi. Setibanya di rumah mangsa, jenazah masih berada di dalam kediaman.

“Dengan bantuan pihak polis, kami kira-kira 10 anggota mengangkat jenazah menggunakan pengusung sebelum dibawa keluar dengan berhati-hati,” katanya.



Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Gua Musang menggunakan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memudahkan perjalanan.

“Operasi ditamatkan pada jam 9.30 pagi dengan kekuatan sembilan keanggotaan dan satu jentera,” katanya.

Sumber: Berita Harian

TERKINI

Penoreh Getah Dipenjara 24 Tahun, 12 Sebatan Amang Seksual Anak Kandung
|
Seorang penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan…
Inspektor Polis Didakwa Minta, Terima Suapan RM12,000 Di Jeli
|
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen…
Tiga Lelaki Ditahan, Pondok Proses Air Ketum Diserbu PGA Di Tumpat
|
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan satu kegiatan pemprosesan…
Curi RM50 Tabung Masjid Di Wakaf Bharu, Penganggur Dipenjara Lima Bulan
|
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah…
Selepas Empat Tahun Berehat, Rahim Maarof Berkeras Mahu Buat Persembahan Di Kota Bharu
|
Empat tahun berehat daripada dunia nyanyian bukanlah tempoh yang…
Penarik Kereta Direman Selepas Disyaki Edar Pil Kuda Bernilai RM61,000 Di Tumpat
|
Seorang duda yang mempunyai dua anak direman selama tujuh…
Jawatan Kosong Kelantan
error: Content is protected !!